Kerjaya kelab Daniele_Padelli

Kerjaya awal

Padelli telah memulakan kariernya untuk kelab yang beraksi di Seconda Categoria, Delebio yang terletak di Valtellina. Seterusnya, beliau berpindah ke Lecco pada tahun 2001 sebelum menyertai Como setahun kemudian. Pada tahun 2004, beliau melakukan perpindahan ke Sampdoria. Beliau beraksi untuk skuad Primavera sebelum dipinjamkan ke kelab Pizzighettone yang beraksi di Serie C1 (33 penampilan dan 29 gol bolos) dan Crotone (satu penampilan bersama dua gol bolos).

Liverpool (pinjam)

Pada 12 Januari 2007, Padelli telah dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk sepanjang musim 2006—07.[1] Beliau melakukan satu-satunya penampilan untuk Liverpool pada 13 Mei 2007 dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Charlton Athletic sekali gus menandakan beliau merupakan pemain bola sepak Itali pertama beraksi untuk kelab Inggeris itu. Namun, prestasinya yang hambar apabila beliau dibolosi dua gol menyebabkan Reds terikat seri 2-2.[2] Beliau kembali semula ke Sampdoria pada 8 Jun 2007.[3]

Pisa (pinjam)

Pada 5 Julai 2007, beliau secara rasminya telah dipinjamkan ke Pisa yang beraksi di Serie B. Beliau telah tampil dalam beberapa perlawanan persahabatan bersama Pisa bahkan dalam perlawanan Coppa Italia menentang Napoli. Dalam kempen liga, Giampiero Ventura telah memilih beliau untuk menjadi penjaga gol utama sekali gus menewaskan tempat yang sebelumnya diisi oleh penjaga gol yang lebih berpengalaman iaitu, Davide Morello. Namun, beliau telah mengakhiri musimnya dengan melakukan tujuh penampilan dan dibolosi sepuluh gol. Semasa musim 2008–09, beliau telah dipinjamkan ke kelab Avellino bersama pilihan untuk melakukan pembelian tetap. Beliau telah beraksi dalam 15 perlawanan dan dibolosi 29 gol. Musim itu juga menyaksikan pasukannya disingkirkan ke Lega Pro Prima Divisione pada penghujung musim. Beliau akhirnya kembali ke Sampdoria.

Bari (pinjam)

Pada 2 Julai 2009, beliau telah berpindah ke Bari secara pinjaman[4] sebagai penjaga gol kedua di belakang Jean-François Gillet. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A bersama Bari pada 9 Mei 2010 ketika menentang Udinese yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri 3-3. Pada 29 Julai 2010, tempoh pinjamannya telah dilanjutkan. Pandelli berpeluang beraksi dalam perlawanan pertamanya bagi kempen 2010-11 ketika seri 1-1 menentang Palermo.

Udinese

Pada 25 June 2011, beliau telah dipinjamkan ke Udinese. Pada 27 Ogos 2012, beliau telah dijual ke Udinese. Bersama kelab itu, beliau mengakhiri musim dengan status sebagai penjaga gol kedua pasukan dengan beraksi sebanyak 12 perlawanan di seluruh kejohanan.

Torino

Pada 29 Mei 2013, Padelli telah diikat oleh Torino menerusi perpindahan percuma. Berikutan penggantungan Jean-François Gillet, beliau telah menjadi penjaga gol utama. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam pusingan ketiga Coppa Italia menentang Pescara yang menyaksikan Torino dibolosi dua gol yang berkesudahan Torino tewas 1-2. Padelli beraksi dalam tiap-tiap perlawanan Torino bagi musim 2013–14 dengan memastikan Torino menempah tiket ke kejohanan Liga Europa[5] semenetara beliau telah tampil dalam 38 perlawanan. Beliau juga dinobatkan sebagai "penjaga gol paling dikagumi" oleh semasa Italian Sport Awards pada 21 Mei 2014. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Torino dalam perlawanan Eropah ketika pusingan ketiga kelayakan Liga Europa menentang wakil Sweden, Brommapojkarna.[6]

Setelah ketibaan Joe Hart dari Manchester City, Padelli kehilangan posisinya dalam kesebelasan utama Torino dan mengakhiri musimnya dengan menamatkan kontraknya. Beliau mengakhiri kariernya di Torino selepas empat musim dengan 116 penampilan dalam saingan liga, Coppa Italia dan Liga Europa.

Inter Milan

Padelli dibawa masuk ke Inter Milan pada pertengahan tahun 2017.[7][8] Padelli dilaporkan bersetuju untuk menyertai Inter secara rasminya di bawah status ejen bebas mulai 1 Julai. Padelli bersama rakan sepasukannya yang juga seorang penjaga gol, Tommaso Berni telah menandantangani kontrak baru selama satu tahun pada 28 Jun 2019.[9]

Rujukan

WikiPedia: Daniele_Padelli http://www.liverpoolfc.com/news/latest-news/padell... http://home.skysports.com/matchreport.aspx?fxid=29... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.tribalfootball.com/bari-snap-sampdoria-... http://www.figc.it/it/204/2525270/2014/08/News.sht... http://www.figc.it/nazionali/DettaglioConvocato?co... http://www.inter.it/en/news/58805/padelli-signs-fo... http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/calcio-mer... https://www.skysports.com/football/news/11669/2402... https://int.soccerway.com/matches/2014/07/31/europ...